Down Memory Lane (I)
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Terima kasih seadanya kerana sudi mengunjungi blog saya yang boleh dikatakan agak baru dalam bidang ini. Terima kasih kepada saudara Mohd Ili (exMRSM Q-Ber) Kerana tanpa beliau saya mungkin adalah seorang yang buta komputer dan beliau telah mengajar saya serba sedikit tentang apa itu asas padaTeknologi ini. Tidak lupa juga kepada saudara Azhar & SP, kerana mereka inilah yang membuatkan saya untuk lebih suka mencari dan belajar untuk mempertingkatkan diri. Sesungguhnya saya amat cemburu kepada mereka.
Kepada saudara Bagak (ex KYPM KL), terima kasih kerana sudi mengajar aku bermain COUNTER STRIKE, sampai pernah masuk "World Computer Games Championship". Sampai sekarang minat saya dalam permainan komputer begitu kuat walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata http://andrianaazri.fotopages.com/.
Sudah hampir 4 tahun saya saya berada di alam pekerjaan. Sekarang ini masih setia di Island & Peninsular Bhd. Sesungguhnya, belajar itu adalah sesuatu yang paling menyeronokkan bagi saya dan sekarang saya masih mencari, mencuba dan menerokai apa sahaja yang baru bagi diri ini.
Faziha, Shima, Masnita, Ezil & nama yang aku mungkin tak tersebut, tapi kenangan di sekolah rendah bersama-sama belajar mengenal apa itu kehidupan memang sungguh menyeronokkan. Mana nak cari dah nasi lemak 20 sen kalau bukan diwaktu ini. Korang semua tak suka aku jadi Ketua Kelas, tapi vote aku jugak sampai 3 tahun berturut-turut. Masuk tahun keempat dah tak boleh tahan, sebab aku yang paling bising dalam kelas. Hahaha…. aku pun tak suka sangat jadi Monitor ni, sebab kena tulis nama budak-budak yang buat bising dalam kelas. Takkan aku nak tulis nama sendiri ???!!!.
Walaupun terperangkap dengan jawatan yang mungkin tidak setaraf dengan Abdullah Ahmad Badawi, namun saya gembira dengan tugas yang diberikan. Boleh tolong cikgu angkat buku-buku latihan untuk disemak, sambil berjalan-jalan dengan seluar pendek yang mungkin aku sorang jer yang pakai kat sekolah pada masa tu. Aku berazam masuk tahun 4 mesti aku pakai seluar panjang.
Alam menengah adalah sesuatu yang mungkin baru bagi diri ini kerana diwaktu inilah diriku belajar apa itu erti rindu, kasih, mesra & cinta. Mungkin ada yang berfikir kenapa aku bercerita sesuatu yang mungkin bosan untuk dibaca oleh pembaca-pembaca ilmiah seperti kalian semua, tetapi rasa kerinduan di hati pada saat-saat yang lepas menebalkan lagi perasaan untuk menjadi sumber inspirasi untuk dipaparkan pada Blog saya ini.
Sharina, Maznah… Nama-nama ini sekarang tidak lagi membawa apa-apa erti dalam diri saya lagi, tetapi kenangan bersama-sama mereka inilah yang telah mengajar saya untuk lebih menyayangi dan mencintai orang yang saya sayang sekarang ini. Sesungguhnya aku sangat menyanyangi dan mencintai apa yang ada pada diriku saat ini.
Cikgu sekalian, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepada diri ini. Sesungguhnya pengalaman belajar di SKTF dan SMS telah membawa sedikit persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran yang mungkin ketika itu adalah yang amat penting bagi seseorang untuk mencorak masa depan masing-masing. Dengan bekalan inilah saya meneruskan pencarian ilmu dengan sepuas hati di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang.
Sungguh banyak kenangan di sini yang mungkin tidak dapat saya lupakan, kerana di sinilah baru saya belajar apa itu "Materialistic, Worldly, Selfish, Grasping ….." Bukan semua kawan adalah kawan, dan bukan semua lawan adalah musuh anda. Di sinilah saya mula mengetahui bahawa bukan semua orang suka diajar dengan pengetahuan yang kita ada kerana mereka juga adalah orang yang hanya suka belajar dari guru dan bukanlah dari yang setaraf atau lebih rendah dari mereka.
Kenangan di MRSM bersama dengan kawan-kawan sekalian amatlah berbekas di hati ini sehingga kini. Cheng, Mat Sent, Aie, Adib, Rasfan, Wat Tong, Josri, Faizal, Sp, Ili, Mat Key, Plateau, Lok Tang, Ustaz, Cha’Un, Man Joe, Abid, Adi-Yusdi, Kenko,Azhar, Izwan Bahari, Azreen, Pyan, Rowen, Syaffandi,Sheikh, Abid, Apai, Sayf dan ….. yang tak mungkin aku dapat ingat dalam masa yang singkat ini (Kalau tengok buku buleh ler aku tulis semua), terima kasih atas memori itu.
Sesungguhnya walaupun dua tahun, namun seperti seabad saya di situ. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan, tetapi kali ini adalah untuk tenaga pengajar di Maktab itu kerana berusaha dengan bersungguh mengajar kami sekalian supaya mencapai target yang ditetapkan "100 % Gred 1" dan terbukti menepati apa yang disasarkan. "What U Give, U Get Back".
Meniggalkan MRSM mewujudkan rasa sepi di hati. Aku rindu pada gym yang selalu diisi oleh Ustaz dan Sifu. Aku rindu pada mainan gitar Jasman, Apan dan Gigo. Aku rindu pada petang-petang hari yang diisi oleh permainan bola tampar dan takraw. Aku rindu pada Prep dan Rollcall. Aku rindu pada acara malam yang bukan-bukan oleh member sekalian sampai habis Ikan Tilapia kat pond tu. Tak lupa juga gig haram yang tak mungkin aku akan lupakan wajah Leman & Syahfandy serta Cikgu Wawa yang angin dengan Presiden Homeroom dia ini.
More Pictures At Photo Album……




December 7th, 2006 at 1:11 am
wakakkakaa…i miss mrsm too….
November 12th, 2008 at 10:01 am
kewl bro! missing all those sweet memories too..