TaKinG Fire Need Assistants!!! EnemY DoWn…
Monday, September 11th, 2006FUh! Macam Main CS… Tapi Aku Rasa game nie lagi best dari CounterStrike yang aku main kat PC, sebab game yang baru aku belajar kali ini begitu mencabar keberanian aku… Kalau main CS kat CC aku selalu membebel kat mamat yang asyik camping bila main game tu, tapi bila aku main Game PaintBall nie, aku pulak yang asyik bercamping… He He He….Takuttttt…
Kalau Masa kecik2 dulu kena tembak dengan peluru bedil, atau peluru kacang hijau takder laa sakit sangat, tapi kalau kena tembak dengan peluru paintball nie, sakitnya sungguh terasa sehingga kepada mereka yang terkena tembakan dari jarak dekat, lembam yang timbul makan sebulan juga kalau nak hilang.
Sabtu, 9hb September 2006 aku bersama Mat Sent dan rakan2nya pergi ke Kuang untuk bermain PaintBall. Ini adalah permainan yang baru bagi aku, so aku begitu excited pada hari tu. Permainan boleh dikatakan seperti sukan2 yang lain. 2 Teams fight each other… Team A Vs Team B… Geng kau lawan geng aku… Atau dengan lebih detailnya, Aku Tembak kau, kau tembak aku.
Alat yang digunakan untuk menembak bukan nya dipanggil pistol/senapang atau AK47, tetapi dipanggil penanda atau Marker. Ammo atau pellet yang digunakan adalah sebesar guli tetapi senang pecah mengandungi cecair pewarna untuk menanda mereka yang ditembak. Dan kepada pemain yang telah ditembak dan terdapat kesan percikan/pecahan pewarna, pemain harus meniggalkan tempat permainan. Pemain tidak digalakkan untuk menembak mangsa pada jarak dekat, paling hampir pun 10 kaki. Kenapa??? Cubalah kalau nak tau….
Pelbagai cara dan situasi permainan ini dimainkan bergantung pada keadaan tempat permainan. Aku pun tak berapa tahu sangat mengenai game ni, sebab baru jer belajar. So kepada kawan2 yang tak cukup ahli untuk bermain boleh ler panggil aku… Maklumler tengah giannn…

