Archive for December, 2006

Tanguban Parahu

Monday, December 4th, 2006

          Tanggal 30hb November, saya menaiki pesawat MAS di KLIA pada pukul 09:00 pagi. Destinasinya ialah Bandung, Indonesia. Mungkin ramai yang mengenali Bandung ini dengan nama jolokannya iaitu "KoTa BelanJa" ataupun "Kota KemBang", tapi saya lebih suka dengan panggilan "PaRis Pan Java" seperti yang disuarakan oleh Tourist Guider saya iaitu Saudara "Dadang"

Bdg_00_7 

           Memang banyak sekali tempat2 untuk berbelanja di Bandung ini, di antaranya Chihanpelas, Pasar baru, Chibaiduyut & sebagaimya, tetapi saya lebih suka untuk menceritakan pengalaman saya di suatu lokasi di Jawa Barat ini yang di kenali sebagai Taman Wisata Alam di Gunung Tanguban Parahu (1830m).

Bdg_01b

           Gunung Tanguban Parahu ini mempunyai banyak kawah2 gunung berapi yang masih aktif. Pakar Geologi Bandung sentiasa memantau aktiviti gunung ini setiap hari bagi memastikan jika ada kebarangkalian gunung berapi ini akan meletus, penduduk2 sekitar akan diberitahu dengan kadar secepat yang mungkin bagi mempercepatkan proses pemindahan atau mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bdg_01

           Perubahan Flora & Fauna juga turut digunakan oleh pakar ini untuk memerhatikan perubahan aktiviti gunung berapi di sini. Biasanya sebelum kejadian gempa, burung2 di kawasan sekitar akan terbang dalam kumpulan yang banyak berhijrah ke tempat yang lain, dan juga ada kejadian harimau kumbang atau " Black Panther" turun dari gunung ini. Dan sekiranya dirasakan selamat, mereka akan kembali semula kehabitan masing2 di Gunung Taguban Parahu ini.

Bdg_01a

           Saya sempat turun ke dasar kawah bagi melihat keadaan faktor muka bumi di sini. Perjalanan turun mengambil masa hampir 30 minit melalui jalan atau danau yang dibina oleh penduduk setempat bagi memudahkan Pelancong dari luar atau rakyat setempat turun ke kawah ini. Biasanya ketika hari hujan atau selepas sahaja hujan, jalan ini tidak boleh dilalui kerana sangat licin disebabkan lumut yang ada di laluan ini. Kalau nak turun juga, silakan atau "Mongo" dalam bahasa "Sunda", tetapi jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, pihak pengurusan tidak akan bertanggujawab.

Bdg_02

           2 minit sebelum sampai ke destinasi yang dituju, bau sulfur atau belerang menusuk masuk kehidung kami. Sampai sahaja di tempat ini, saya melihat begitu ramai pelancong & perniaga2 setempat berkeliaran di sekitar kawasan ini yang keluasannya hampir menyamai kebesaran 3 kali padang bolasepak. Terdapat beberapa kolam air yang diempang oleh penduduk setempat bagi menakung air yang keluar dari dasar kolam ini.

Bdg_03a

           Kolam yang paling besar diempang, mengeluarkan air panas yang suhunya hampir mencecah 120 darjah celsius dan telur yang direbus di sini, hanya mengambil masa 2 minit untuk siap dimasak. Ini juga adalah satu daripada Itinerary pelancong yang datang ke sini, iaitu merebus telur dan dimakan kerana penduduk percaya bahawa telur yang di rebus di sini dapat membersihkan bahagian dalam badan terutamanya kepada siperokok.

Bdg_04

           Ada juga pelancong yang mengambil kesempatan untuk mencuci muka, tangan dan kaki di kolam2 yang kurang kepanasannya (32-40 darjah celsius) dengan menggunakan lumpur yang diambil di dasar kolam itu. Setelah selesai dicuci, kawasan cucian akan terasa sangat licin dan bersih dibandingkan sebelumnya.

Bdg_03

           Dan jika ada pengunjung yang ingin membawa balik lumpur ini, meraka bolehlah meminta bantuan petugas untuk mengambil lumpur ini dengan bayaran 10,000 rupiah (RM 4.06) dan diletakkan di dalam botol mineral kecil.

           Sekiranya kawan2 berkesempatan untuk datang ke Daerah Bandung ini, saya mencadangkan agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Gunung Tanguban Parahu ini walaupun mungkin akan terasa sikit terganggu dengan keagresifan penjual2 tempatan yang tidak jemu2 menawarkan barang jualan masing2, kerana keindahan fauna yang ada di sini begitu menawan & merangsang mata yang memandang.

Bdg_06a