The Crims
Baru jer aku mula nak belajar bermain Paintball dengan Mat Sent (itupun tak terror lagi), dah dia ajar aku main game baru. Tapi game kali nie bukannyer outdoor game, tapi dia ajar aku main game internet MMORPG Webgame atau dengan nama khususnya " The Crims".
Kira nya game nie dah masuk episod yang ke berapa pon aku tak tau, tapi aku mula bermain di episod kali nie di hari yang ke-32 (game day). Satu( 1) hari sebenar bersamaan 4 hari dalam game nie. Kiranya setelah 8 hari e-mail aku di spam oleh Mat Sent Dan konco2nya, Barulah aku mula bersuara…
(Armor Aku)
Pada mulanya aku tidak mahu menunjukkan minat pada game ini, tetapi setelah sampai e-mail yang ke-100 dalam mailbox aku mengenangi perbincangan Mat Sent dan gang2 bersekutu mengenai game ini, aku mula terpikir nak join sekali. Mana taknya, kira aku sorang jer yang tak tau apa2 mengenai topic(The Crims) yang diorang ceritakan.
(Weapon Aku)
Tanpa segan aku mula menanya Mat Sent, "Apa Citer?"…. Dia suruh aku bukak web www.thecrims.com. Pastu dengan conpiden dia cakap, "Jangan Try, Nanti Kau Tak buat kerja kat Opis". Ptui!!! Memang Yer, Addict giler aku kat game nie. Hampeh kau Mat Sent….. HE HE HE HE….. Bini Aku kat rumah pon dah bising. "Abang tak nak bawak kitaorang pi jalan ker weekend nie?"….
(Takda Duit = Si Miskin)
Kalau nak di rate kan game nie, aku bagi 9/10 ler. Kenapa tak dapat 10/10? Sebab masih tak dapat membunuh minat ku dalam game Snooker… He He He He… Kalau nak diceritakan lagi tentang game nie, aku tak pandai sangat. Tapi korang semua boleh tengok kat www.thecrims.com. Secara ringkas nya game ini mengenai gangster, mafia, pembunuh, pengedar dadah, bapak ayam dan yang seangkatan dengan nyer. Kalau anda peminat "Grand Auto Theft" (PS2 Game) mungkin anda merasakan jalan ceritanya hampir sama, cuma cara dimainkan agak berlainan…
(Jaga2… Aku nak pegi belasah orang nie…)
Kalau anda mula hendak bermain game ini, saya amat mengalu2kan sebab gangster Malaysia kat dalam game nie tak ramai. Asyik kena belasah dengan mamat Indon yang sungguh power. (Aku ler yang kena belasah tu) he he he he…
Selamat Mencuba!!!





May 7th, 2007 at 8:40 pm
best2..ape kata kalo ko ajar mcmaner nk main dgn begitu bagus sekali.cth mcm ko watla mcmane pengiraan nk rob ke.(kat kalkulator yg ko bagitu mcm xbetul je.hehehehe…)
May 7th, 2007 at 8:54 pm
Ok gak tu…..Lagipon aku nak bersara dah nie… Boleh tinggalkan experience aku kat sini untuk tatapan pemain2 yang baru atau pun yang nak jadi expert….