The Crims

January 26th, 2007 by ajai1926

          Baru jer aku mula nak belajar bermain Paintball dengan Mat Sent (itupun tak terror lagi), dah dia ajar aku main game baru. Tapi game kali nie bukannyer outdoor game, tapi dia ajar aku main game internet MMORPG Webgame atau dengan nama khususnya " The Crims".

01

          Kira nya game nie dah masuk episod yang ke berapa pon aku tak tau, tapi aku mula bermain di episod kali nie di hari yang ke-32 (game day). Satu( 1) hari sebenar bersamaan 4 hari dalam game nie.  Kiranya setelah 8 hari e-mail aku di spam oleh Mat Sent Dan konco2nya, Barulah aku mula bersuara…

03

                                                   (Armor Aku)

          Pada mulanya aku tidak mahu menunjukkan minat pada game ini, tetapi setelah sampai e-mail yang ke-100 dalam mailbox aku mengenangi perbincangan Mat Sent dan gang2 bersekutu mengenai game ini, aku mula terpikir nak join sekali. Mana taknya, kira aku sorang jer yang tak tau apa2 mengenai topic(The Crims) yang diorang ceritakan.

02_1

                                                 (Weapon Aku)

          Tanpa segan aku mula menanya Mat Sent, "Apa Citer?"…. Dia suruh aku bukak web www.thecrims.com. Pastu dengan conpiden dia cakap, "Jangan Try, Nanti Kau Tak buat kerja kat Opis". Ptui!!! Memang Yer, Addict giler aku kat game nie. Hampeh kau Mat Sent….. HE HE HE HE….. Bini Aku kat rumah pon dah bising. "Abang tak nak bawak kitaorang pi jalan ker weekend nie?"….

04_1

                                        (Takda Duit = Si Miskin)

          Kalau nak di rate kan game nie, aku bagi 9/10 ler. Kenapa tak dapat 10/10? Sebab masih tak dapat membunuh minat ku dalam game Snooker… He He He He… Kalau nak diceritakan lagi tentang game nie, aku tak pandai sangat. Tapi korang semua boleh tengok kat www.thecrims.com. Secara ringkas nya game ini mengenai gangster, mafia, pembunuh, pengedar dadah, bapak ayam dan yang seangkatan dengan nyer. Kalau anda peminat "Grand Auto Theft" (PS2 Game) mungkin anda merasakan jalan ceritanya hampir sama, cuma cara dimainkan agak berlainan…

05

                         (Jaga2… Aku nak pegi belasah orang nie…)

          Kalau anda mula hendak bermain game ini, saya amat mengalu2kan sebab gangster Malaysia kat dalam game nie tak ramai. Asyik kena belasah dengan mamat Indon yang sungguh power. (Aku ler yang kena belasah tu) he he he he…

          Selamat Mencuba!!!

Bookmark and Share

Tanguban Parahu

December 4th, 2006 by ajai1926

          Tanggal 30hb November, saya menaiki pesawat MAS di KLIA pada pukul 09:00 pagi. Destinasinya ialah Bandung, Indonesia. Mungkin ramai yang mengenali Bandung ini dengan nama jolokannya iaitu "KoTa BelanJa" ataupun "Kota KemBang", tapi saya lebih suka dengan panggilan "PaRis Pan Java" seperti yang disuarakan oleh Tourist Guider saya iaitu Saudara "Dadang"

Bdg_00_7 

           Memang banyak sekali tempat2 untuk berbelanja di Bandung ini, di antaranya Chihanpelas, Pasar baru, Chibaiduyut & sebagaimya, tetapi saya lebih suka untuk menceritakan pengalaman saya di suatu lokasi di Jawa Barat ini yang di kenali sebagai Taman Wisata Alam di Gunung Tanguban Parahu (1830m).

Bdg_01b

           Gunung Tanguban Parahu ini mempunyai banyak kawah2 gunung berapi yang masih aktif. Pakar Geologi Bandung sentiasa memantau aktiviti gunung ini setiap hari bagi memastikan jika ada kebarangkalian gunung berapi ini akan meletus, penduduk2 sekitar akan diberitahu dengan kadar secepat yang mungkin bagi mempercepatkan proses pemindahan atau mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bdg_01

           Perubahan Flora & Fauna juga turut digunakan oleh pakar ini untuk memerhatikan perubahan aktiviti gunung berapi di sini. Biasanya sebelum kejadian gempa, burung2 di kawasan sekitar akan terbang dalam kumpulan yang banyak berhijrah ke tempat yang lain, dan juga ada kejadian harimau kumbang atau " Black Panther" turun dari gunung ini. Dan sekiranya dirasakan selamat, mereka akan kembali semula kehabitan masing2 di Gunung Taguban Parahu ini.

Bdg_01a

           Saya sempat turun ke dasar kawah bagi melihat keadaan faktor muka bumi di sini. Perjalanan turun mengambil masa hampir 30 minit melalui jalan atau danau yang dibina oleh penduduk setempat bagi memudahkan Pelancong dari luar atau rakyat setempat turun ke kawah ini. Biasanya ketika hari hujan atau selepas sahaja hujan, jalan ini tidak boleh dilalui kerana sangat licin disebabkan lumut yang ada di laluan ini. Kalau nak turun juga, silakan atau "Mongo" dalam bahasa "Sunda", tetapi jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, pihak pengurusan tidak akan bertanggujawab.

Bdg_02

           2 minit sebelum sampai ke destinasi yang dituju, bau sulfur atau belerang menusuk masuk kehidung kami. Sampai sahaja di tempat ini, saya melihat begitu ramai pelancong & perniaga2 setempat berkeliaran di sekitar kawasan ini yang keluasannya hampir menyamai kebesaran 3 kali padang bolasepak. Terdapat beberapa kolam air yang diempang oleh penduduk setempat bagi menakung air yang keluar dari dasar kolam ini.

Bdg_03a

           Kolam yang paling besar diempang, mengeluarkan air panas yang suhunya hampir mencecah 120 darjah celsius dan telur yang direbus di sini, hanya mengambil masa 2 minit untuk siap dimasak. Ini juga adalah satu daripada Itinerary pelancong yang datang ke sini, iaitu merebus telur dan dimakan kerana penduduk percaya bahawa telur yang di rebus di sini dapat membersihkan bahagian dalam badan terutamanya kepada siperokok.

Bdg_04

           Ada juga pelancong yang mengambil kesempatan untuk mencuci muka, tangan dan kaki di kolam2 yang kurang kepanasannya (32-40 darjah celsius) dengan menggunakan lumpur yang diambil di dasar kolam itu. Setelah selesai dicuci, kawasan cucian akan terasa sangat licin dan bersih dibandingkan sebelumnya.

Bdg_03

           Dan jika ada pengunjung yang ingin membawa balik lumpur ini, meraka bolehlah meminta bantuan petugas untuk mengambil lumpur ini dengan bayaran 10,000 rupiah (RM 4.06) dan diletakkan di dalam botol mineral kecil.

           Sekiranya kawan2 berkesempatan untuk datang ke Daerah Bandung ini, saya mencadangkan agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Gunung Tanguban Parahu ini walaupun mungkin akan terasa sikit terganggu dengan keagresifan penjual2 tempatan yang tidak jemu2 menawarkan barang jualan masing2, kerana keindahan fauna yang ada di sini begitu menawan & merangsang mata yang memandang.

Bdg_06a

            

Bookmark and Share

TaKinG Fire Need Assistants!!! EnemY DoWn…

September 11th, 2006 by ajai1926

            FUh! Macam Main CS… Tapi Aku Rasa game nie lagi best dari CounterStrike yang aku main kat PC, sebab game yang baru aku belajar kali ini begitu mencabar keberanian aku… Kalau main CS kat CC aku selalu membebel kat mamat yang asyik camping bila main game tu, tapi bila aku main Game PaintBall nie, aku pulak yang asyik bercamping…  He He He….Takuttttt…

            Dsc04074_00_6

            Kalau Masa kecik2 dulu kena tembak dengan peluru bedil, atau peluru kacang hijau takder laa sakit sangat, tapi kalau kena tembak dengan peluru paintball nie, sakitnya sungguh terasa sehingga kepada mereka yang terkena tembakan dari jarak dekat, lembam yang timbul makan sebulan juga kalau nak hilang.

            Sabtu, 9hb September 2006 aku bersama Mat Sent dan rakan2nya pergi ke Kuang untuk bermain PaintBall. Ini adalah permainan yang baru bagi aku, so aku begitu excited pada hari tu. Permainan boleh dikatakan seperti sukan2 yang lain. 2 Teams fight each other… Team A Vs Team B… Geng kau lawan geng aku… Atau dengan lebih detailnya, Aku Tembak kau, kau tembak aku.

Dsc04066_00

             Alat yang digunakan untuk menembak bukan nya dipanggil pistol/senapang atau AK47, tetapi dipanggil penanda atau Marker. Ammo atau pellet  yang digunakan adalah sebesar guli tetapi senang pecah mengandungi cecair pewarna untuk menanda mereka yang ditembak. Dan kepada pemain yang telah ditembak dan terdapat kesan percikan/pecahan pewarna, pemain harus meniggalkan tempat permainan. Pemain tidak digalakkan untuk menembak mangsa pada jarak dekat, paling hampir pun 10 kaki. Kenapa??? Cubalah kalau nak tau….

             Dsc04069_00

             Pelbagai cara dan situasi permainan ini dimainkan bergantung pada keadaan tempat permainan. Aku pun tak berapa tahu sangat mengenai game ni, sebab baru jer belajar. So kepada kawan2 yang tak cukup ahli untuk bermain boleh ler panggil aku… Maklumler tengah giannn…

Bookmark and Share

Pot Luck Gathering

August 31st, 2006 by ajai1926

            Hai… Terasa bagai semalam baru menonoton "Moreo Attack", terasa seperti malam tadi aku menghabiskan masa bermain "Super Mario". Tapi bila bangun pagi aku melihat "Gaban" tengah terbaring terkangkang sambil sebelah kaki di letakkan di atas perut aku tidur disebelah. He he he he… Itulah hero aku Afiq Muhammad penawar penat bila aku balik kerja.

           Bw_2_3

            Pot Luck… Aku pon tak tahu apa benda tu, tapi selepas berkali-kali mengikut agenda isteriku bersama officemate dia, barulah ku tahu tentang benda alah nie… Biasanya mereka akan menetapkan satu tarikh 3 minggu sebelum aktiviti ini berlangsung. Tempatnya pula adalah di rumah ahli yang ditetapkan mengikut giliran. So, aku membuat kesimpulan bahawa Pot Luck Gathering nie adalah acara "MAKAN-MAKAN" ha… ha… ha…ha…

           Pada hari yang ditetapkan, biasanya tuan rumah akan membuat menu utama dan ahli2 yang lain akan membawa menu sampingan untuk disantap bersama-sama pada hari tersebut. Biasanya mereka mempunyai tema sebelum memilih menu yang akan dimasak pada hari tersebut. Samada Western, Kampung, Thai atau sebagainya…

Aa_1

            Setelah tema dipilih barulah menu yang perlu dimasak diagihkan kepada setiap ahli dan harus dimasak sendiri walaupon tak pandai. Biasalah, tuan rumah akan mengambil menu utama.

            Selain dari acara makan2, mungkin juga boleh diselitkan dengan aktiviti yang lain seperti menonton movie, cards, jengga dan sebagainya. Andainya kawan2 teringin nak buat aktivti ini… jangan lupa invite aku…He He He He….

Bookmark and Share

Down Memory Lane (II)

July 30th, 2006 by ajai1926

          Tahun 1997 adalah tahun yang mungkin menjadi satu sejarah yang tidak dapat dilupakan bagi diri saya sehingga hari ini. Tahun ini saya mula mendaftar di KYPM KL, untuk Program ABC (Accountancy AnD Business College). Yang menjadi sejarah bukan lah kerana saya dipilih untuk mengikuti program ini, tetapi adalah kerana pada hari pendaftaran inilah saya mula terlihat pada seorang gadis yang saya rasakan manis sekali ketika itu. (love at first sights)

          Nor Waznati bt Lam Ahmad, begitulah nama gadis yang sering membuatkan hati ini berkocak ketika bersua, walaupun hanya ternampak di seberang jalan. Dan nama inilah juga yang hanya ku tahu selepas 2 bulan belajar dalam sesi kuliah yang sama. "Selamat berkenalan dan sudikah menjadi teman bersama saya pada malam nanti?". Inductions Nights memberi peluang untuk saya untuk lebih mendekati gadis manis ini, mejadi pembukaan dan mukadimah bagi kisah dan cerita kami sehingga hari ini. TERIMA KASIH SAYANG….

           First year di ABC begitu menarik dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh saya ketika itu, selain dari menghadiri kuliah yang satu pun tidak menggunakan bahasa malaysia kecuali Kelas Agama Islam, saya masih meneruskan aktiviti petang bermain bola, takraw & bola tampar di KYPM KL ini kerana kolej ini mempunyai fasiliti sukan yang agak baik. Suasana pembelajaran di sini sungguh berbeza dengan keadaan saya di MRSM dulu. Di sini saya tidak terikat dengan peraturan. Tiada prep, tiada rollcall.

           Di sinilah saya mula belajar satu aktiviti sukan yang baru bagi diri saya dan sehingga sekarang saya masih aktif berlatih memantapkan skill yang ada iaitu sukan SNOOKER. Di kolej ini saya mempunyai rakan sparing yang agak hebat untuk saya berlatih bermain snooker iaitu saudara Azzal & Taja. Sesungguhnya kenangan bersama mereka ini begitu menarik dan menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk lebih maju dalam bidang ini. Hahaha… Thanks Bro..

          

          

Feel free to drop in :
http://andrianaazri.fotopages.com/

Bookmark and Share

Down Memory Lane (I)

July 28th, 2006 by ajai1926

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

          Terima kasih seadanya kerana sudi mengunjungi blog saya yang boleh dikatakan agak baru dalam bidang ini. Terima kasih kepada saudara Mohd Ili (exMRSM Q-Ber) Kerana tanpa beliau saya mungkin adalah seorang yang buta komputer dan beliau telah mengajar saya serba sedikit tentang apa itu asas padaTeknologi ini. Tidak lupa juga kepada saudara Azhar & SP, kerana mereka inilah yang membuatkan saya untuk lebih suka mencari dan belajar untuk mempertingkatkan diri. Sesungguhnya saya amat cemburu kepada mereka.

    Arsenal_2

          Kepada saudara Bagak (ex KYPM KL), terima kasih kerana sudi mengajar aku bermain COUNTER STRIKE, sampai pernah masuk "World Computer Games Championship". Sampai sekarang minat saya dalam permainan komputer begitu kuat walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata http://andrianaazri.fotopages.com/.

          Sudah hampir 4 tahun saya saya berada di alam pekerjaan. Sekarang ini masih setia di Island & Peninsular Bhd. Sesungguhnya, belajar itu adalah sesuatu yang paling menyeronokkan bagi saya dan sekarang saya masih mencari, mencuba dan menerokai apa sahaja yang baru bagi diri ini.

          Faziha, Shima, Masnita, Ezil & nama yang aku mungkin tak tersebut, tapi kenangan di sekolah rendah bersama-sama belajar mengenal apa itu kehidupan memang sungguh menyeronokkan. Mana nak cari dah nasi lemak 20 sen kalau bukan diwaktu ini. Korang semua tak suka aku jadi Ketua Kelas, tapi vote aku jugak sampai 3 tahun berturut-turut. Masuk tahun keempat dah tak boleh tahan, sebab aku yang paling bising dalam kelas. Hahaha…. aku pun tak suka sangat jadi Monitor ni, sebab kena tulis nama budak-budak yang buat bising dalam kelas. Takkan aku nak tulis nama sendiri ???!!!.

5_yellow_1990_2

          Walaupun terperangkap dengan jawatan yang mungkin tidak setaraf dengan Abdullah Ahmad Badawi, namun saya gembira dengan tugas yang diberikan. Boleh tolong cikgu angkat buku-buku latihan untuk disemak, sambil berjalan-jalan dengan seluar pendek yang mungkin aku sorang jer yang pakai kat sekolah pada masa tu. Aku berazam masuk tahun 4 mesti aku pakai seluar panjang.

          Alam menengah adalah sesuatu yang mungkin baru bagi diri ini kerana diwaktu inilah diriku belajar apa itu erti rindu, kasih, mesra & cinta. Mungkin ada yang berfikir kenapa aku bercerita sesuatu yang mungkin bosan untuk dibaca oleh pembaca-pembaca ilmiah seperti kalian semua, tetapi rasa kerinduan di hati pada saat-saat yang lepas menebalkan lagi perasaan untuk menjadi sumber inspirasi untuk dipaparkan pada Blog saya ini.

           Sharina, Maznah… Nama-nama ini sekarang tidak lagi membawa apa-apa erti dalam diri saya lagi, tetapi kenangan bersama-sama mereka inilah yang telah mengajar saya untuk lebih menyayangi dan mencintai orang yang saya sayang sekarang ini. Sesungguhnya aku sangat menyanyangi dan mencintai apa yang ada pada diriku saat ini.

          Cikgu sekalian, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepada diri ini. Sesungguhnya pengalaman belajar di SKTF dan SMS telah membawa sedikit persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran yang mungkin ketika itu adalah yang amat penting bagi seseorang untuk mencorak masa depan masing-masing. Dengan bekalan inilah saya meneruskan pencarian ilmu dengan sepuas hati di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang.

          Sungguh banyak kenangan di sini yang mungkin tidak dapat saya lupakan, kerana di sinilah baru saya belajar apa itu "Materialistic, Worldly, Selfish, Grasping ….." Bukan semua kawan adalah kawan, dan bukan semua lawan adalah musuh anda. Di sinilah saya mula mengetahui bahawa bukan semua orang suka diajar dengan pengetahuan yang kita ada kerana mereka juga adalah orang yang hanya suka belajar dari guru dan bukanlah dari yang setaraf atau lebih rendah dari mereka.

          Kenangan di MRSM bersama dengan kawan-kawan sekalian amatlah berbekas di hati ini sehingga kini. Cheng, Mat Sent, Aie, Adib, Rasfan, Wat Tong, Josri, Faizal, Sp, Ili, Mat Key, Plateau, Lok Tang, Ustaz, Cha’Un, Man Joe, Abid, Adi-Yusdi, Kenko,Azhar, Izwan Bahari, Azreen, Pyan, Rowen, Syaffandi,Sheikh, Abid, Apai, Sayf dan ….. yang tak mungkin aku dapat ingat dalam masa yang singkat ini (Kalau tengok buku buleh ler aku tulis semua), terima kasih atas memori itu.

Untitled_5

          Sesungguhnya walaupun dua tahun, namun seperti seabad saya di situ. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan, tetapi kali ini adalah untuk tenaga pengajar di Maktab itu kerana berusaha dengan bersungguh mengajar kami sekalian supaya mencapai target yang ditetapkan "100 % Gred 1" dan terbukti menepati apa yang disasarkan. "What U Give, U Get Back".

          Meniggalkan MRSM mewujudkan rasa sepi di hati. Aku rindu pada gym yang selalu diisi oleh Ustaz dan Sifu. Aku rindu pada mainan gitar Jasman, Apan dan Gigo. Aku rindu pada petang-petang hari yang diisi oleh permainan bola tampar dan takraw. Aku rindu pada Prep dan Rollcall. Aku rindu pada acara malam yang bukan-bukan oleh member sekalian sampai habis Ikan Tilapia kat pond tu. Tak lupa juga gig haram yang tak mungkin aku akan lupakan wajah Leman & Syahfandy serta Cikgu Wawa yang angin dengan Presiden Homeroom dia ini.

Gigs_2

More Pictures At Photo Album……

Bookmark and Share